Monday 31 October 2011

GETAH RAMBUT DARI KONDOM..??


Getah rambut merupakan aksesori utama untuk setiap gadis tak kira yang bertudung mahupun tidak. Lambakan barang dari NEGARA TEMBOK BESAR semakin menjadi-jadi kerana hanya bermodal kan harga yang murah dan barang barang ini menjadi pilihan ramai tanpa disedari bahaya disebalikmya. 

Percaya atau tak kondom telah  dikitar semula  menjadi getah rambut  di China Selatan dan terjual dengan baik di pasaran  tempatan dan salon kecantikan.
“Getah rambut berwarna  warni  dan murah dipercayai boleh mengancam kesihatan  masyarakat   tempatan. Mereka boleh menyebarkan penyakit berjangkit seksual berpunca daripada kondom yang pada awalnya bertujuan untuk  mencegah kerana getah rambut masih boleh mengandungi bakteria dan virus,  media  kerajaan   mengatakan hari ini. Seorang  doktor kulit  tempatan mengesahkan pengguna boleh dijangkiti AIDS, kutil  atau penyakit lain ketika mereka menggigit getah rambut di mulut mereka sementara tangan mereka digunakan untuk mengikat rambut.


 Satu pack mengandungi sepuluh getah rambut kondom kitar semula dijual jauh lebih murah daripada jenama lain  di pasaran bertujuan melariskan lagi produk merekaIndustri China telah berkali-kali tahun ini dicemari oleh beberapa kes  yang melibatkan  barangan merbahaya untuk pasaran domestik sahaja dan juga  antarabangsa.”  kata surat kabar itu.


Selepas ni di harap berhati hati kalu nak beli gatah rambut trutamenye perempuan la ek.. mana lah tahu mende ni ade kt Malaysia kan sebab negara kita pon banyak je barang barang negara China ni. Jangan sebab getah rambut yang seringit dua kita merana sepanjang hayat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...