Sunday 30 October 2011

POSITIVE THINKING MACAM NI LAH BAGUS...

assalamualaikum..... jom usya2 jap citer artis sorang ni....
HAMPIR tiga tahun menyulam perasaan cinta, sayangnya ia tidak sampai ke jenjang pelamin. Itulah yang dialami pelakon Abby Abadi dan kekasih hatinya juga aktor sedang meningkat naik, Zulkifli Ariffin atau Zul apabila hubungan mereka putus secara rasmi.


Kenyataan mengenainya turut dibuat Abby sendiri dalam blog peribadinya (klik sini) dan ia sudah diketahui umum. Membaca coretan Abby mengenai perpisahannya bersama Zul, memang meruntun perasaan. Bagusnya pelakon yang cukup sinonim dengan drama Gerak Khas itu, dia langsung tidak melihat apa yang berlaku dari sudut negatif sebaliknya melihatnya sebagai takdir. 




Abby turut menjelaskan kepada peminatnya biarlah punca hubungan cinta mereka putus dirahsiakan. Pada sama dia turut mendoakan Zul akan terus berjaya sebagai pelakon dan bertemu dengan pasangan baik-baik.Kalaulah semua pasangan yang putus cinta mengambil sikap seperti Abby alangkah bagusnya. Bermakna dunia akan aman dan tidak adalah pergaduhan atau kejadian memburukkan antara satu sama lain.aku sendiri harap Abby sabar dalam menempuh dugaan hidup yang pelbagai. Biasanya Allah akan menurunkan dugaan kepada hamba-Nya yang kuat dan mampu menerima ujian-Nya. 
Sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya dan mengajar kita menjadi manusia lebih cekal dan kuat. 


aku rasa kita pon faham bukan mudah untuk Abby melupakan segala kenangan selama tiga tahun, apatah lagi Zul datang ketika Abby sedang bertarung dengan isu perceraian. 


Bagaimanapun, percayalah satu hari nanti pasti akan datang lelaki yang jauh lebih baik dan memberikan sinar baru dalam hidup Abby. Apa yang perlu Abby lakukan sekarang adalah banyakkan bersabar dan berdoa.


SIMPLE.. :)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...