Sunday 30 October 2011

KEUNIKAN LOGHAT PAHANG...


Sekadar perkongsian ilmu.....

Untuk maklumat anda loghat pahang sukar untuk dipopularkan kerana negeri ini mempunyai banyak loghat mengikut daerahnya.....Tidak seperti di Kelantan dan Terengganu yang boleh dikatakan mempunyai satu loghatnya.

Kalau anda ke Kuantan disana boleh dikatakan bercampurnya sedikit loghat Terengganu dan loghat Pahang sebelah timur (Pekan dan Rompin) dan kalau turun ke Maran sudah hampir ke loghat Temerloh dan Temerloh sendiri ada loghat Temerlohnya ( sedikit lembut dan beralun). Sekiranya anda ke Jerantut disana logatnya dan gaya cakapnya sedikit dalam dan pelik bunyinya. Bergitulah seterusnya kalau kita ke Raub dan ke daerah yang lain.

Yang istimewanya loghat Pahang ini, kata orang Pahang mereka boleh mengenali dari mana asalnya seseorang itu (daerahnya) bila sahaja terdengar mereka bercakap.

Apa pun kata sesetengah orang asalnya gaya percakapan di negeri ini ada hubung kaitnya dengan keadaan bentuk muka bumi disana dan alunan air sungainya. Laju dan lambatnya gaya bahasa mereka.

kajian membuktikan bahawa loghat pahang boleh diterima tetapi hanya org pahang sahaja yang boleh mengajuk cakap pahang...inilah keunikan loghat pahang...:)

pahang paling best.... CHAIYOK pahang...

-via status member-




1 comment:

Aku Anak Pahang said...

Salam kas setuju dgn entri aok neh TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...