Sunday 30 October 2011

RUNTUHKAN MASJID ORANG..???


assalamualaikum.... jom usya-usya citer ni...
HIDUP masyarakat sekarang makin tunggang-langgang. Bapa rogol darah daging sendiri, abang sanggup rogol adik kandung sehingga mengandung, kelar bayi sampai terburai perut. Apa sudah jadi, apakah hari ini al-Quran hanya dijadikan hiasan dalam almari dan sejadah pula buat alas kucing tidur?

Ini pula kisah lelaki yang sukakan kaum sejenis sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan sepasang kekasih ini. Malang sungguh nasib mereka berdua yang sudah buat segala persediaan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan beberapa bulan lalu.

Kalau tak salah , ceritanya lebih kurang begini. Lelaki ini yang juga karyawan seni tanah air minat pada seorang lelaki, tetapi lelaki itu tidak melayannya kerana selain sudah mahu berkahwin, dia juga lelaki sejati.

Dia pandang wajah lelaki itu pun geli, apatah lagi untuk mendekatinya. Malah apabila tengok wajah lelaki songsang itu, terus dia teringatkan umat Nabi Luth yang dilaknat Allah SWT.

Tidak terlintas langsung di hatinya mahu menduakan bakal isteri, apatah lagi untuk beralih kasih kepada golongan musykil seperti lelaki itu.

Dek kerana kemaruk cinta, lelaki itu sanggup menggunakan khidmat bomoh sehingga pasangan itu berpisah. Masya-Allah, kejinya perbuatan. Agaknya dia berpegang pada prinsip, kalau dia tak dapat, biar semua orang lain pun tak dapat sama. Sehingga kini difahamkan, pasangan kekasih itu masih tidak boleh bersua muka, inikan nak kahwin.
Tahukah dia berdosa besar merobohkan masjid yang bakal dibina. Sudahlah hidup kau sendiri rosak binasa kerana terlalu mengikut hawa nafsu, sampaikan hidup orang lain pun sanggup dihancurkan.

1 comment:

Cik Mira said...

dashat betull , ish ish .. dh nk tibe akhr zaman .. ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...